.

.

3 Perkara Yang Wajib Dilakukan Sebelum Bursa Saham Buka



Menjadi seorang traders saham sememangnya mencabar dan memeningkan, ia mungkin akan mendatangkan perasaan ternanti-nanti dan tidak sabar untuk memiliki apa yang diimpikan. Jika anda seorang traders sepenuh masa menembuskan mata di komputer riba, mungkin tidak menjadi sesuatu yang bermasaalah untuk memahami TA,FA dan TKA, akan tetapi apabila sudah mempunyai kerja sepenuh masa dan keluarga, ia akan menjadikannya semakin susah dan rumit. Tambahan pula harga bahan mentah di pasaran semakin tinggi. Persoalan sekarang adalah bagaimana untuk kita bergerak menuju apa yang kita impikan selama ini?

Jika kita setiap hari menghabiskan masa membeli saham dan menjualnya dengan kerugian tanpa mempersoalkan mengapa?, maka detik-detik kita akan lesap seakan-akan membeli bahan mentah di pasaran tanpa mengetahui apa akan dimasak. Sebelum kita mengetahuinya, bahan mentah kita sudahpun luput dan harganya sudah melambung naik. Pada saat itu kita akan terpinga-pinga kemanakah perginya masa hidup kita.

Pikir semula dan cari jalan penyelesaian 

Pada saat ini saya akan memberi pencerahan tentang apa yang patut dilakukan sebelum membeli saham, mungin ia akan menandingi minda kita secara tidak sedar.

Malangnya, apabila kita sering mendengar kebanyakan traders masih lagi tertanya-tanya "mengapa saya beli kemudian jatuh" "saya jual je,ia terus naik" "dan sebagainya". Mereka adalah dalam keadaan yang survival mode (perasaan tercari-cari). Adakah anda dalam keadaan survival mode?

Oleh itu, dengan tersenarainya rutin ini, ia akan membantu kita dengan cepat untuk memahami. Jelas sekali ia akan menjadi senarai yang panjang. Namun, jika dilakukan setiap kali sebelum membeli saham, ia sememangnya mudah :

  • Lakukan selidik
  • Baca news
  • Buat persediaan 
  • Dapatkan ilham
  • Lakukan apa yang diimpikan
jom

1. Dapatkan maklumat selepas tutup bursa saham
Bursa malaysia buka pada jam  8.30 - 9.00 pagi untuk pra-pembukaan dan tutup pada jam 5.00 petang. Melakukan study selepas Bursa Malaysia tutup adalah sangat penting. 

Ramai dari kalangan traders tidak mendapatkan input yang secukupnya tentang counter yang dibeli, sama seakan-akan berjudi. Selain itu, mendapatkan maklumat yang secukupnya membantu kita dengan :  

  • Menjangka counter yang akan terbang
  • Mengetahui segala isu-isu ekonomi dalam dan luar negara
  • Membantu traders yang baru 

Persoalannya sekarang, maklumat apa yang wajib dipertingkatkan untuk membantu kita melihat dengan lebih jauh?. Setiap counte dipasaran Bursa Saham Malaysia memiliki :
  • Fundamental Analysis (FA)
  • Technical Analysis (TA)
  • Ticker Chart Analysis (TKA)
  • Teknik-teknik signal
  • Berita-berita yang baik counter 


2. Berita-berita 
Selepas dari mendapatkan maklumat yang padat, berita yang perlu dicakna adalah ekonomi Micro dan Macro. Tidak semestinya dengan kita yang menjangkakannya, namun ramai dari kalangan remisier akan memceritakan apa yang bakal berlaku.

Apa itu Micro? ia adalah berita yang sedang berlaku atau mungkin berlaku didalam negara disebabkan berita-berita dari luar negara  yang mempengaruhi index saham malaysia. Apa itu Macro? ia adalah berita yang sedang berlaku atau bakal berlaku diluar negara tentang Currency, Harga Minyak, Index Saham, Politik di Amerika,China,  British, Jepun, Hongkong, Singapura.

Tambahan pula, kita boleh menyemak sendiri berita-berita ini di yahoo.com, investing.com, stockhunter, klsescreener, theedge market sama ada di web atau di apps smartphone.

3. Sembahyang / solat (prayer)
Bersolat atau bersembahyang adalah salah satu cara untuk kita merendahkan diri kita dan berterima kasih kepada tuhan (Allah) kerana memberi kita setiap hari pengajaran dan pembelajaran sama ada sedar atau tidak sedar.


Syukur adalah tanda berterima kasihnya kita keatas apa yang sudah dimiliki. Doa adalah apa yang kita bakal inginkan, Dunia adalah tempat Menggali hasil. Apabila digabungkan ketiga-tiga ini ( Doa, Syukur, Dunia) ia akan membuatkan hasil yang lumayan, ketenangan atau kedua-duanya sekali. Sering kali,terdapat peluang tanpa had dan kemungkinan untuk kita.

Titik noktah ke3 ini ditambah bagi membantu kita mengawal emosi. Kebanyakan traders seringkali mempunyai melalui perasaan tamak, ego, terburu-buru, marah, takut sama ada semasa dan selepas. Tanpa disedari, diri kita hilang kawalan emosi.

Sebagaimana yang perkatakan oleh ramai traders yang hebat "Penguasaan emosi jauh lebih penting dari kita menguasai technical analysis"

Kesimpulan
Jika tidak bersedia dengan ilmu dan maklumat yang cukup jangan sesekali cuba untuk meletakkan diri dalam lubang jerat counter saham, simpat duit dahulu sebelum duit terbang melayang.. Ambil masa membeli dan menjual saham secara simulasi selama beberapa bulan. Buat back testing saham-saham yang anda beli itu untuk melihat apakah kesilapan yang perlu diperbaiki. Selepas mendapat teknik dan strategi yang sesuai dengan diri anda jadi anda telah siap sedia untuk memulakan pelaburan di Bursa Malaysia.

Ingatlah pelaburan saham ini bukanlah mudah dan ia mengambil masa untuk difahami dan dipelajari sebelum anda boleh menjana keuntungan darinya secara konsisten.
[left_sidebar]

untuk bacaan lebih lanjut tentang saham boleh baca : 

No comments

Powered by Blogger.